top of page
Syed Ahmad Fathi Oct 2023.jpg

Salam,
sedikit perihal saya:

Jauh dalam sudut hati saya, saya merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam dunia perkataan, perasaan ini sukar saya terangkan. Menyelam dalam ke lubuk penulisan dan pembacaan memberikan saya satu perasaan ketenangan yang membahagiakan. Kedua-dua aktiviti ini, menulis dan membaca membuatkan saya berasa selesa dan aman. Seolah-olah inilah takdir saya. Kedua-dua dunia ini memberikan saya halaman yang luas bagi minda saya mengembara dan meneroka. 

bottom of page